- Adakah lauk ini selamat untuk ibu berpantang czer, normal atau keguguran?
Lauk pantang frozen yang dimasak adalah mengikut resepi khas diet pemakanan ibu berpantang terutama ibu yang menyusukan anak. Akan tetapi perlu diingatkan, penerimaan makanan bagi setiap tubuh adalah berbeza. Sekiranya anda berpantang untuk kelahiran yang pertama, kami mencadangkan ibu untuk mencuba jenis makanan yang dikatakan sesuai untuk dimakan ketika pantang dalam kadar sedikit dahulu dan lihat kesannya pada tubuh. Walaupun makanan tersebut dikategorikan sebagai makanan yang sesuai untuk ibu yang berpantang, ianya tetap bergantung pada penerimaan tubuh seseorang. Contohnya ikan tenggiri adalah jenis ikan yang boleh diambil ketika berpantang, tapi si ibu memang alergi dengan ikan tenggiri, maka perlu utk ibu mengelakkannya. Sekiranya tiada alahan ataupun ketidakselesaan pada ibu dan bayi, maka catatlah makanan tersebut sebagai makanan yang boleh dimakan oleh ibu. Ini kerana ianya sangat berguna sebagai rujukan jika ibu melahirkan anak anak yang seterusnya. Jangan terlalu paranoid dengan petua orang dahulu sehingga memudaratkan ibu. Jadilah ibu yang bijak agar susu badan yang diberikan pada anak mempunyai kualiti yang maksima.
- Bagaimana lauk boleh tahan lama sedangkan ia tiada bahan pengawet? Berapa lama ia boleh disimpan?
Lauk pantang yang telah diproses separa masak akan disimpan terus ke tempat beku. Suhu dan masa yang menyebabkan lauk yang disimpan boleh tahan lama dimana pada suhu -18 celcius ke -21, tiada bakteria yang dapat membiak. Oleh yang demikian, lauk dapat bertahan dan tidak rosak. Lauk yang disimpan ditempat beku secara amnya boleh bertahan sehingga SETAHUN sekiranya suhu penyimpanannya tidak menaik dan menurun. Tiada bakteria yang dapat merosakkan makanan pada suhu ianya dibekukan. Hanya kristal ais yang wujud pada makanan yang dibekukan yang boleh menurunkan kadar kualiti nutrisi, warna dan rasa makanan.
- Berapa lamakah lauk boleh tahan pada suhu bilik @ sekiranya travel @ chiller?
Lauk perlulah sentiasa berada dalam keadaan beku bagi menjamin kualitinya. Jika lauk perlu dihantar ditempat yang agak jauh, lauk perlu dimasukkan ke dalam cooler box dalam keadaan beku atau jika tiada, ia boleh bertahan dalam suhu bilik tidak lebih 2 jam. Apa yang penting adalah, lauk perlu betul2 beku, barulah boleh dimasukkan ke dalam cooler box bagi memastikan lauk boleh bertahan lama.
- Bagaimana cara penyediaannya?
Ada banyak cara untuk memanaskan Lauk Pantang Frozen Foodzyla. Yang pastinya ianya sangat memudahkan dan menyenangkan hidup ibu yang berpantang terutama mereka yang perlu berpantang sendiri. Boleh kukus, panggang @ bakar, cara rebus atau nak guna microwave pun boleh. Video tersebut menerangkan lebih jelas tentang penyediaan lauk pantang Frozen Foodzyla. Jadi terpulang nak sediakan macam mana. ikut pada selera memasing. Sangattttt senang. Kurangkan masa di dapur masa pantang, lebihkan masa untuk istirehat.
- Adakah semua lauk tidak dimasak lagi, pelanggan pula yang perlu memasaknya?
Semua Lauk Pantang Frozen Foodzyla telah diperap dengan sari perapan khas berpantang dan disediakan dengan bentuk separa masak. Pelanggan hanya perlu memanaskan sahaja lauk dalam anggaran masa 15-20 minit. Jika lauk telah lembut (thawed), masa pemanasan akan lebih pendek.
- Bagaimanakah cara penyimpanannya agar tahan lama?
Lauk perlu disimpan sentiasa dalam peti ais di bahagian tempat beku atau chest freezer. Sekiranya menggunakan refrigerator, bahagian beku – habiskan lauk dalam masa 3 bulan kerana suhu turun naik disebabkan oleh buka tutup pintu peti ais. Jika diletakkan dalam freezer (peti khas beku) - lauk boleh tahan antara 6-8 bulan
- Adakah lauk yang telah dipanaskan boleh disimpan semula dalam freezer untuk dibekukan?
Lauk yang telah dipanaskan tidak digalakkan utk dibekukan semula kerana terdapat penurunan kualiti nutrisinya. Rugilah sekiranya makanan yang dimakan tidak mempunyai kualiti nutrisi yang baik utk keperluan tubuh. Makanan yang hendak dibekukan perlulah berada ditahap kualiti yang paling maksima kerana kualiti makanan yang disimpan sama dengan kualiti makanan yang akan dikeluarkan. Perlu diingatkan, proses pembekuan tidak akan mematikan bakteria yang telah sedia ada dalam makanan.
- Apakah cadangan lauk yang paling disukai ramai?
Terdapat lebih 200 lauk pantang frozen pilihan yang disediakan di Foodzyla. Antara menu yang mendapat perhatian seperti :
Salmon sos bawang putih Tenggiri percik
Haruan sweet sour
Merah sup kurma merah
Ayam kampong creamy butter
Daging sweet sour
Siakap sos bawang putih
Salmon sweet sour
Haruan percik
Siakap masak lemak
Ayam kampong ungkep
Daging marinara
Bawal emas
Tumis paprik
Selar masak halia
Apakah menu yang sesuai untuk ibu yang berpantang czer?
Bagi ibu yang berpantang bersalin czer, mereka digalakkan mengambil sumber protein yang mencukupi bagi memastikan luka dalaman pulih dengan baik. Tidak semestinya semata mata dengan ikan haruan. Cuma ikan haruan merupakan antara sumber protein yang tinggi asid leonik yang diketahui sebagai agen mempercepatkan penyembuhan luka secara alami.
- Berapakah jenis menu dan bagaimana memilih menu yang ada?
Terdapat lebih 100 jenis menu pantang yang boleh dipilih mengikut kombinasi pilihan anda sendiri.
- Satu jenis menu untuk berapa kali makan? Berapa portion bagi 1 menu?
Bagi lauk pantang, 1 jenis lauk adalah untuk 1 kali makan.
- Berapa lamakah PENGHANTARAN selepas pembayaran dibuat?
Kebiasaannya penghantaran akan dibuat pada keesokan hari selepas pembayaran. Akan tetapi, sekiranya pembayaran dibuat pada hari sabtu, penghantaran akan dibuat pada hari isnin petang kerana Foodzyla tidak beroperasi pada hari Ahad.
Bagaimana cara untuk membuat pesanan/tempahan?
Ada banyak cara untuk membuat pesanan, melalui : Whatsapp, website, panggilan telefon ataupun walk in ke kedai. Sekiranya walk in, pelanggan tetap perlu menunggu keesokan hari untuk mengambil tempahan. Cadangan kami adalah, order dahulu melalui mana2 saluran pembelian yang disediakan dan pilih self pick up setelah order siap.
Bagaimana cara membuat PEMBAYARAN?
Pembayaran juga boleh dibuat secara online banking, transfer online, deposit machine, Boost, TouchnGo ataupun cash di kedai atau kepada runner. Sekiranya ingin menggunakan debit atau kredit card, pelanggan perlu menempah melalui laman web.
- Apakah bahan yang digunakan untuk memasak Lauk Pantang ini?
Semua menu berpantang termasuk serunding pantang menggunakan bahan masakan yang berkualiti dan jaminan kebersihan. Kesemua Lauk Pantang Frozen Foodzyla tiada tambahan gula putih, MSG, pengawet & pewarna. Foodzyla menggunakan sepenuhnya garam bukit dan Molasses gula merah sebagai perasa.
Adakah orang yang tidak berpantang juga boleh makan Lauk Pantang ni?
Kesemua lauk pantang memang dimasak mengikut resepi khas ibu berpantang bagi masyarakat Malaysia amnya. Jadi semua jenis menu yang ditawarkan adalah selamat dimakan oleh ibu yang berpantang.
Siapakah yang memasak lauk pauk frozen di Foodzyla?
Foodzyla Industries Sdn Bhd adalah syarikat bumiputera yang mempunyai pekerja 100% muslim dan mengamalkan operasi patuh syariah seperti yang dianjurkan oleh syariat Islam dalam pemprosesan makanan. Pengasas dan juga pengarah eksekutif Foodzyla juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Perkhidmatan Makanan yang bertanggungjawab memastikan perkhidmatan makanan yang diberikan dalam kualiti yang terbaik terutama dari segi pemilihan kualiti bahan mentah, kebersihan penyediaan dan keselamatan makanan yang ditawarkan.
Sekiranya bayi masih kuning, adakah ibu yang menyusukan bayi boleh makan lauk pauk yang disediakan?
BOLEH dan SELAMAT dimakan kerana lada hitam dan kunyit (upon request) dibungkus secara berasingan.
Bolehkah ibu yang berpantang makan lauk pantang frozen?
Tiada masalah untuk makan lauk yang dibekukan dengan cara yang betul. Ini kerana, lauk yang dibekukan dengan betul lebih selamat berbanding lauk yang telah dibiarkan pada suhu bilik lebih dari 4 jam di mana bakteria membiak secara aktif pada suhu ini (0 - 60 celcius). Potensi lauk untuk tercemar lebih tinggi berbanding lauk yang dibekukan. Kaedah pemanasan dan penyediaan juga penting bagi lauk yang dibekukan. Oleh yang demikian, Lauk Pantang Frozen yang disediakan oleh Foodzyla dibekukan dalam keadaan kualiti nutrisi, rasa dan keselamatan makanan yang paling baik bagi mengelak keracunan apabila lauk dikeluarkan dari freezer.
- Adakah ibu yang berpantang tidak boleh makan makanan yang dipanaskan dua kali? Adakah lauk pantang foodzyla dipanaskan dua kali?
Perlu difahami, makanan yang dipanaskan dua kali pastinya sudah berada di suhu bilik lebih dari 4 jam. Bukan sahaja bakteria boleh membiak pada suhu ini, malah makanan yang dibiarkan boleh ‘masuk angin’ di mana ini yang dikatakan tidak baik utk ibu yang sedang berpantang. Oleh itu, alternatif membekukan makanan pada tahap kualitinya yang paling baik, ianya tidak menjadi masalah sekiranya ianya dipanaskan semula. Bagi lauk pantang Foodzyla pula, kami membuat konsep pre-cook di mana jenis protein diperap menggunakan sari perapan yang telah dimasak bersama kuah pilihan. Oleh itu, amat selamat utk dinikmati oleh ibu yang berpantang yang mana ianya bukan sahaja menjimatkan masa ibu berpantang di dapur, malah ianya mempunyai kualiti nutrisi dan keselamatan makanan yang diperlukan tubuh pada tahap yang maksima.
Di manakah tempat dan apakah cara untuk mendapatkan Lauk Pantang Foodzyla?
Tempahan boleh dibuat melalui :
>> WHATSAPP : teamFoodzyla.wasap.my
>> WEBSITE : www.foodzylashop.my
>> WALK IN terus ke alamat :
FOODZYLA SHOP, NO 18, JALAN IMPIAN MAKMUR 3/A, SAUJANA IMPIAN, 43000 KAJANG, SELANGOR.
WAKTU OPERASI :
Isnin - Jumaat 9 pagi - 6 ptg
Sabtu 8.30 pg- 4.30 ptg
Ahad/ Cuti Umum – cuti
No telefon yang boleh terus dihubungi:
Kedai : 03-8740 7426
Handphone : teamFoodzyla.wasap.my
Adakah sayur termasuk di dalam Lauk Pantang Foodzyla?
Ya, ada 5 pilihan sayur frozen berasingan berharga RM6 setiap satu.
Bagaimana ingin mengetahui kawasan yang boleh dihantar oleh runner?
Kami menggunakan servis runner luar dari LALAMOVE dan juga LineClear. Pelanggan juga boleh semak sendiri menggunakan aplikasi LALAMOVE, GRAB EXPRESS, MR SPEEDY dan lain lain.
Adakah lauk yang disediakan mendapat HALAL JAKIM?
Buat masa ini kami dalam proses pensijilan sijil MESTI dari KEMENTERIAN KESIHATAN.
Bolehkah lauk pantang frozen dipos?
TIDAK BOLEH. Tapi kami akan menggunakan service dari kurier khas untuk barangan frozen. Penghantaran ke seluruh Semenanjung sahaja.
Adakah semua Lauk Pantang Foodzyla selamat dimakan ibu yang berpantang dan menyusukan?
SANGAT SELAMAT kerana semua menu yang kami sediakan mengikut resepi khas yang menepati keperluan ibu berpantang terutama yang menyusukan anak. Tiada bahan yang panas yang dapat meransang kenaikan bacaan kuning bayi seperti kunyit dan lada hitam.
Bagaimana mahu menyimpan lauk yang berlebihan?
Kami TIDAK GALAKKAN menyimpan lauk yang telah dipanaskan. Jika ingin simpan juga, pastikan lauk tersebut disimpan dalam masa 1 jam selepas dimasak.
Bagaimana ingin menjadi agen Lauk Pantang Foodzyla? Adakah foodzyla menawarkan agen jualan bagi lauk pantang frozen?
Buat masa ini bagi mengekalkan kualiti produk yang ditawarkan, kami tidak membuka tawaran agen bagi lauk pantang frozen.
Boleh tak nak order dahulu walaupun due lambat lagi?
Kami amat menggalakkan pelanggan membuat tempahan awal. Ini kerana ini dapat membantu ibu mendapat makanan yang sepatutnya di awal berpantang. Tambahan pula bagi ibu yang bersalin bagi kandungan pertama yang tidak mempunyai pengalaman. Ibu juga tidak ‘kalut’ untuk pilih menu pada saat akhir.
Bolehkah order pada hari yang sama dengan waktu penghantaran?
BOLEH sekiranya alamat penghantaran boleh dihantar oleh runner. Seeloknya tempahan dibuat pada waktu pagi supaya pesaan dapat dihantar pada waktu petang hari yang sama. Dan juga pembayaran dibuat selewatnya jam 4.30 petang (boleh hantar hari yang sama)
Adakah santan digunakan dalam Lauk Pantang Foodzyla?
Semua lauk pantang yang disediakan TIDAK MEMPUNYAI SANTAN, kami menggantikannya dengan susu.